Sepanjang pengenalan kita. Awak terlalu jujur dengan saya. Awak tak pernah marah saya walaupon saya jahat dengan awak. Awak layan saya ibarat macam saya nie puteri awak. Awak pernah cakap dekat saya. "Abang takkan tinggalkan Dila selagi abang hidup". Itu janji awak yang terlalu manis buat saya kenang.
Hari pon berlalu dengan pantasnya ibarat kilat berdentum dentum. Pada hari tersebut, saya menerima tawaran untuk sambung belajar ke luar negara. Sebelum saya pergi, saya ingin berjumpa dengan awak di taman seperti selalu. Awak hadir dan memberikan senyuman yang sangat manis pada saat itu. Saya menagis didada bidang awak. Saya tidak sanggup untuk meninggalkan awak dibumi Malaysia ini. Tapi awak cakap kat saya, "Tak lama mana pon, 5 tahun 5 bulan. Abang sanggup tunggu Dila sampai bila-bila." Saya terus menagis dan nagis dihadapan awak. Saya tidak peduli dengan mata-mata yang memandang kearah kita. Saya tak kisah awak.
Selama 2 tahun saya berada di bumi asing ini. Saya terlalu rindukan awak. Walaupon kita selalu berchating di Fesbuk. Tapi saya tetap rindukan awak. Kenapa ekk? Mungkin saya tak nampak muka awak yang comel tu. Hehehe. Kita berhubung hari demi hari tetapi awak tiba tiba senyap dan tidak menhubungi saya lagi selepas 5 tahun. Kenapa awak? Kenapa tiba tiba awak tak hubungi saya? Mesti ada sesuatu yang terjadi pada awak kan?
Selepas 5 tahun 5 bulan berhempas pulas belajar bagai nak pecah kepala. Saya pulang ke tanah air yang tercinta. Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan awak. Saya tidak sabar untuk melihat awak berada di hadapan saya. Saya terlalu rindukan awak.
Selepas seminggu saya pulang dari India. Awak langsung tak hubungi saya. Kenapa awak? Kenapa awak seksa jiwa saya. Seminggu macam setahun lamanya. Penantian itu suatu penyeksaan.
Tiba-tiba. Saya didatangi oleh keluarga awak. Apa agaknya keluarga awak buat di rumah saya? Apa tujuan mereka? Saya bersembunyi disebalik pintu untuk mendengar perbicaraan anrata keluarga awak dan saya.
Ibu: Jemputlah minum.
Mak awk: Tak payah susah-susah kak.
Ibu: Ohh tak apa. Biasa sahaja ni.
Mak awk: Kami datang nie nak bagi nie hah *sambil tunjuk kad kahwin.
Ibu: ohh terima kasihlah.
Mak awk: Jemputlah datang. Lagi seminggu sahaja anak kami akan diijabkabulkan.
Ibu: Ohh sekali lagi terima kasih. InsyaAllah akak datang.
Keluarga awak pun pulang. Saya bertanya pasal kehadiran keluarga awak ke rumah saya. Ibu kata " mak cik tu jemput kita datang rumah dia, anak dia nak kahwin". Saya mendengarnya ibarat dunia ini akan terhempas dan menhempap diri saya. Saya dengan pantas membuka kad jemputan tersebut, tertera nama awak dan pasangan awak. "Ujian apakah ini Ya Allah? Terlalu berat untuk aku tanggungnya"
Saya menghubungi awak dan meminta untuk berjumpa di taman seperti dahulu. Awak tetap hadir dengan berwajah tenang menghampiri saya. Saya dengan tanpa segan silu memarahi awak di hadapan orang ramai.
Saya: Kenapa awak buat saya macam nie? Mana janji manis awak pada saya?
Awak: Abang terpaksa.
Saya: Senangnya awak jawab. Awak tahu tak saya terlalu rindukan awak. Saya cintakan awak.
Awak: Abang pon cintakan Dila.
Saya: Tapi awak kahwin dengan orang lain?
Awak: Abang terpaksa sayang.
Saya: Jangan panggil saya sayang kalau awak tak ada bukti.
Ehh. Ada tuisyen la. nanti sambung la. Bubye. Assalamualaikum.







2 comments:
lerrr....baru nak feeling. potong stim tul. hihihi
hahaha. nanti je la ea dila sambung. tak ada idea la plak. hehehe
Post a Comment